Wednesday, March 2, 2011

~ Dup Dap Dup Dap ~

Tajuk x leh tahankan.mesti korang tertanya2 apa la yg duk berdebar2nya.hehe..diatas permintaan tila soh aku update status dup dap dup dap yang kat face book.so,kenala update..walaupun dah terlambat update statusnya..dah basi dh citenya ni..hehe..busy sgt skrg ni tu yang xde ms nk update cpt..

Sebenarnya bukan la mende yg sgt penting yang mmg selama ni aku tgh tunggu pun..ini cuma mengenai perlawanan sukan jer..Maklumla skrg ni ADTEC tgh sukan,so staff pun kena la menyertai..Nama aku lak tercalon utk main badminton..uiskh,ikutkan dah lama xpegang raket..cuma sebelum sukan tu,aku adalah turun main seminggu skali..sajer utk exercise cket sb badan makin lama makin lemau..(cam biskut lak..kui3)

Berbalik kepada cite nape aku cuak sgt..sb nya kena lawan badminton ngn student.aku ni darah gemuruh cket,kalo ckp jer pertandingan mmg aku dh xsng duduk..makan pun xselera dh..actually aku kena lawan badminton mlm dalam pkul 9 lebih.tapi ptg tu aku dh rs mcm2 dh..dup dap dup dap rsnya..xtaula knape aku nervous sgt padahal saje2 lawan jer..sblm pkul 9 tu,mcm2 sakit dtg..tbe2 pening pale la,sakit perut la..yang xtahannyer lps mkn mlm aku leh termuntah..gara2 cuak nk lawan badminton sampai jd mcm tu..kalo pk2 balik rs cam kelakarnyeeee..malu je..

Menang ke kalah????

Mestilah menang..kan staff lawan student..hehe..perasan plak.Set pertama agak goyah cket..set kedua,student ketinggalan jauh..maka kitorg layak ke separuh akhir..hopefully masa main utk separuh akhir nanti feeling aku xcam ni..susah woo kalo feeling cm ni..

Monday, February 21, 2011

Gigi bongsu ohh gigi bongsu

Last saturday,aku ada appointment utk buat minor operation gigi bongsu.actually,ni adalah kali kedua aku bt operation.kali pertama aku buat utk buang gigi bongsu sebelah kiri,kali ini sebelah kanan plak.tp aku ttp takut,hanya Allah je tau mcm mana perasaan aku ms melangkah msk ke klinik ari sabtu tu.

Sebenarnya dh bertahun2 aku menderita skt gara2 gigi bongsu ni.jahat kan gigi bongsu ni.sejak aku study lg tp gara2 ongkosnya pun mhl,aku biarkan je.dh keje ni,takut plak nk buat.asyik postpone je sb aku mmg takut bile jumpe dentist.hehe..

Gigi bongsu sebelah kiri aku cabut ms bulan dec thn lps.lps 2-3 hari aku dh boleh mkn mcm biasa dan xrasa sakit lg.then,doc suruh aku cabut sebelah kanan plak secpt mungkin.septtnya appointment aku awl bln jan,tapi bile teringat betapa susahnya doc nk cabut gigi bongsu sblh kiri tu aku jd takut n xpegi pun klinik.

x lama lps tu,gigi bongsu belah kanan sakit balik.aku x teragak2 utk buang dgn segera.so,sabtu hari tu aku cpt g buang gigi tu.kali ni proses utk buang gigi belah kanan lebih cpt compare ngn gigi belah kiri.maybe doc potong gusi aku smp hujung, tu yang senang cket nk cabut.aku terasa masa doc potong gusi aku cuma aku xrasa sakit jer.disebabkan doc potong gusi aku smp hujung, smp ari ni aku rs sakit n ssh nk bkk mulut.masa doc tu start potong gusi n cabut gigi tu,aku mmg pejam mata je.tbe2 bukak mata tgk jarum..argh, rs cm nk nangis je tp aku tahan smp semuanya selesai.

Alhamdulillah kedua- kedua gigi bongsu ku selamat dibuang. Aku xkan merana skt gigi lagi gara2 gigi bongsu. Harga utk buat minor operation ni pun boleh tahan gak la..aku kena charge 580 hinggit termasuk ubat utk sebelah gg je tau. Hopefully,gusi ni cpat2 la sembuh dan aku boleh mkn mcm biasa.xlalu nk mkn bubur hari2.

Wednesday, February 16, 2011

Maksud Perkataan "SALAM"

Info berkenaan perkataan Salam ini aku jumpe di Facebook.
Sekadar ingin berkongsi ilmu dengan kawan-kawan semua agar kite tidak melakukan kesilapan dengan menyebut lagi perkataan salam ini.

" SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”


Mari kita sama2 memperingatkan antara satu sama lain.
Sebarkan kepada kawan-kawan yang lain agar kita tidak melakukan kesilapan ini lagi.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1432H kepada kawan2 semua.

Mari kite sama2 selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.


صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم
يَا نَبِى سَلاَمُ عَلَيْك      يَا رَسُوْلُ سَلاَمُ عَلَيْكََ

يَا حَبِبُ سَلاَمُ عَلَيْ كَ         صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ  

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا          فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ

مِثْلَ حُسْنِكَ مَارَأَيْنَا        قَطُّ يَا وَجْهُ السُّرُوْرِ

اَنْتَ شَمْسُ اَنْتَ بَدْرُ         اَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرِ

اَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِى        اَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ

يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد           يَا عَرُوْسَ الْخَا فِقَيْنِ

يَا مُؤَيَّدْ يَا مُمَجَّد                   يَا اِمَامَ القِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد           يَا كَرِيْمَ الْوَلِدَيْنِْ

حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّدْ       وِرْدُنَا يَوْمً النُّشُوْرِ

مَنْ رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ           بِالسُّرَى إِلاَّ اِلَيْكَ

وَالْغَمَامَةِ قَدْ اَظَلَّتْ             وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ

عَالِمُ السِّرِّ وَاَخْفَى               مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ

رَبِّ ارْ حَمْنَا جَمِيْعَا             بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

وَصلاَةُ اللهُ عَلَى اَحْمَدْ         عَدَ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ

اَحْمَدُ الْهَادِى مُحَمَّد            صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ


Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”.
[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]