Friday, August 12, 2011

Cerita di pagi jumaat

Pagi jumaat yg indah ini membuatkan aku rasa mcm menggigil kaki..
seram sejuk je tangan bile smpai di ofis..
Puncanya aku telah terlanggar motor seorg kakak masa on da way nk g keje..huuuwaaa..
sori kak,xsengaja langgar..terasa mcm diri ini sgt cuai..huhu

Aku terlanggar belakang motor die,abes no plat nye patah..
kete aku pun teruk gak calar kat depan dan no plat senget..
itu aku xkisah,yg aku kisahnya rasa bersalah kat akak tu..

Macamana leh terlanggar??
Kejadian ini berlaku di simpang empat,akak tu nak jln terus..
Jalan mmg clear pg tu,so aku ingat akak tu trs la cross jln tu..
so,aku tgk kiri kanan then trs la lepas break nk gerak belok kiri..
Sekali akak tu x jalan pun,maka gedebus la..

Nasib baik motor die xterbalik dan akak tu xterjatuh..
kalo x,lagi aku rs bersalah atas kecuaian aku..
nasib baik tu selalu je ada kan..hehe
sampai skrg ni,aku duk terbayangan kejadian pagi td..rs mcm bersalah sgt kat akak tu..
so,pengajaran bg aku supaya lebih berhai-hati ms drive..

Monday, August 8, 2011

We have been married for 3 years

Today is the day..
We have been married for 3 years..

Terasa sgt cepat masa berlalu..
Rasa macam baru kawen je..hehe
Alhamdulillah tiada sebarang masalah sepjg 3 thn ni..
gaduh kecik2 tu adala..hehe

This year celebration simple2 je..
InsyaAllah berbuka puasa di somewhere..
Tak macam tahun lepas,celebrate anniversary kat Sabah..
Tahun ni terkena bulan pose xbolehla nak g jln2..

Hepy Anniversary to mr.hubby..
Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat..
Amin




Monday, August 1, 2011

Ramadhan al-mubarak

Alhamdulillah..masih berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yg mulia ini. Selamat menunaikan ibadah puasa kawan2 semua.diharapkan ramadhan kali ini lebih bermakna drp sblmnya.

Ramadhan kali ini merupakan ramdhan yg ke-4 untuk aku berpuasa bersama hubby tersyg.semoga di bulan yg mulia ini kami dikurniakan rezki. Tahun ni,rsnya dah xkekok lagi utk sediakan makan sahur hubby seperti thn pertama yg dulu.hehe..

1 ramadhan tahun ini,aku n hubby sambut di kelantan bersma my family. Kalo puasa di kampung bolehla makan macam2 masakan yg mmg xde kat negeri lain.kalo ada pun x kan sesedap mcm di cni.hehe..lg 1 boleh mintak ma masakkan makanan kegemaran..

Selamat menunaikan ibadah berpuasa dan selamat bertarawikh. Sempena bulan yg mulia ini,mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap.